Monday, March 1, 2010

SESUNGGUHNYA JAGALAH HAK ALLAH....













NESCAYA ALLAH AKAN MENJAGA HAK KITA!!!

Diriwayatkan dari Hazrat Jabir RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, ''Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali.''

(hadith riwayat Imam Muslim)

Mudah-mudahan kita akan sentiasa sedar akan kewajipan solah fardhu itu walau di mana jua kita berada.....mungkin sama seperti situasi dalam gambar-gambar di atas.
wasalam.

Salam pendahuluan

Wednesday, February 24, 2010
Segala pujian selayaknya milik Allah s.w.t pemilik alam ini.Selawat dan salam kepada penghulu para anbiya',Nabi Muhammad s.a.w yang tidak mengenal erti lelah dalam menyampaikan dakwah ke seluruh alam.



Setiap muslim sudah begitu sinonim dengan ibadah solat fardhu yang lima.Kita begitu memahami bahawa ianya merupakan kewajipan yang diberi ganjaran pahala dan mengabaikannya akan mengundang dosa.Kita diberi pilihan samada mahu menunaikannya secara jemaah mahupun perseorangan.


Solat merupakan tiang bagi agama islam.Sesuatu binaan tidak akan berdiri tegak sempurna tanpa disokong oleh tiang-tiang yang kukuh dan kuat.Persoalannya, adakah solat fardhu yang kita dirikan selama ini benar-benar kukuh dan kuat?sejauh mana kekhusyukan kita semasa bersolat?adakah kita cukup yakin gerak-geri dan bacaan dalam solat kita sama seperti yang Baginda ajarkan?Mari kita renungkan sejenak.


Firman Allah s.w.t dalam kitabnya...

SURAH AL-ANKABUT: AYAT 45...


Merujuk ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.Namun,mengapa kita masih terus melakukan perbuatan tersebut?jawapannya....periksa dan nilai semula solat kita.Berkemungkinan besar kita perlu menambah kualiti solat kita.


Di atas kesedaran inilah kami warga Lancaster menganjurkan satu program iaitu BENGKEL PEMANTAPAN SOLAT.Objektifnya seperti berikut...


  • memperkasa ilmu solah

  • mengukuhkan serta memantapkan kefahaman tentang solah

  • mempraktikan solah berkualiti

Harapan kami agar kita sama-sama dapat meluangkan masa untuk menyertai bengkel ini.Ini kerana manfaat utamanya adalah untuk diri kita dalam meningkatkan kualiti solat di sisi Allah s.w.t.


Sekian.

Trailer sempena bengkel solat

Tuesday, February 23, 2010
 

Browse